Sunday, October 11, 2009

Di sini bermula..

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku.

Sayup-sayup lagu Permata Buat Isteri nyanyian kumpulan Kopratasa itu berkumandang memenuhi ruang pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran tersebut. Inspektor Tuah yang tadinya begitu khusyuk mencatatkan sesuatu di dalam buku catatan hariannya tersentak lalu meletakkan pen yang dipegangnya. Lagu tersebut benar-benar mengganggu tumpuannya. Bait-bait kata yang begitu indah dilagukan itu menusuk ke jiwanya. Dia mengeluh perlahan. Seketika pandangannya tertancap pada potret yang sejak sekian lama menjadi pemerhati bisu yang diletakkan disudut kiri mejanya. Lama. Potret yang merakamkan saat-saat indah dalam hidupnya itu terus ditenung tanpa berkelip. Ya, potret itu diambil kira-kira dua tahun lalu, setelah mereka sah bergelar suami isteri. Persalinan berwarna hijau yang tersarung kemas di tubuh mereka menambahkan lagi seri pengantin yang terpancar di wajah. Tangannya dilingkarkan di pinggang isteri tercinta dan mereka sama-sama tersenyum, menzahirkan lagi kebahagiaan yang sedang beraja di hati. Namun kegembiraan yang dikecapi tidak lama, pemergian isterinya ke rahmatullah sejak setahun lalu seolah-olah merenggut semangatnya untuk meneruskan hidup.
bersambung....

4 comments:

  1. salam manis,

    ketemulah dikau dengan Tuahmu nanti, di sebalik mata dan pandangan riang, moga jadi milikmu nanti. :)

    selamat berkarya, :) (jumpa juga blog cik fit ni) hehe...

    ReplyDelete
  2. wslm kak..
    akhirnya akak berjaya gak cari blog fit..hehe
    time kasih tuk kata-kata smgt 2..
    tp Fit tak sehebat akak..
    but I'll try my best!

    ReplyDelete
  3. fitriah,
    buat cerpen romantik ek? bagus2. tahniah. tuah yg dilukis pasti hensem... *terbayang-bayang segaknya dgn uniform polis* :)
    aisya

    ReplyDelete
  4. Sya..
    yea,Tuah ni romantik..terlalu cinta pd Teja..
    tp cintanya pd Teja telah merubah dirinya..nk tau lebih lanjut,bcalah cerpen Fit yg xseberapa ni..hehe..

    ReplyDelete