Sunday, October 25, 2009

Tuah sedang duduk bersantai di atas kerusi batu yang diletakkan di taman mini bersebelahan dengan rumahnya. Bandar Maran yang dapat dilihat dengan jelas dari lokasi rumahnya yang terletak di atas bukit kelihatan sesak dengan kenderaan yang bertali arus walaupun jam sudah hampir menunjukkan angka 11 malam. Bandar Maran bermandi cahaya seolah-olah ada festival sahaja lagaknya. Pandangannya dilemparkan ke arah air terjun buatan yang terletak di sudut taman itu. Lama. Di sekeliling kawasan air terjun itu ditanam dengan pelbagai spesies tumbuhan keladi yang aneka warna. Tuah sedia maklum bahawa pokok-pokok keladi tersebut ditanam oleh ibunya yang meminati tumbuhan keladi seperti itu. Pawana yang berhembus lembut pada malam itu mampu memberi ketenangan jiwa. Namun kedinginan angin malam itu tidak mampu untuk meredakan perasaan Tuah yang bergolak hebat di dalam dirinya. Fikirannya menerawang mengingati kembali sesi soal siasat yang dilakukan dua hari lepas. Wajah wanita itu yang persis Teja benar-benar mengganggu emosinya. Wajah yang saling tidak tumpah itu kembali mengingatkannya kepada arwah isteri yang telah lama pergi. Perasaannya berperang hebat.
bersambung...

1 comment:

  1. Fit!
    disebabkan saudara tiada shoutmix box,
    diri ini ingin menggunakan comment box ini untuk mengucapkan selamat maju jaya lebih2 lagi untuk paper ptg ini..
    ok, salam

    ReplyDelete